Home Berita Post View

Kesihatan Walid Daqqa Semakin Merosot

Dec 08, 2022 07:30 pm

 

Kelab Tahanan Palestin melaporkan tahap kesihatan tahanan Palestin, Walid Daqqa, 60 tahun semakin merosot.

Laporan kelab tersebut menjelaskan bahawa Walid Daqqa telah dipindahkan ke Hospital Barzilai bagi mendapatkan rawatan. Menurut keputusan laporan perubatan yang dikeluarkan pihak hospital, beliau disahkan menghidapi penyakit leukimia. Kelab Tahanan Palestin mahu pentadbiran penjara Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesihatan Walid Daqqa akibat kecuaian mereka dalam memberi rawatan selayaknya kepada Walid Daqqa dan tahanan yang lain. 

Related