Penyelidik Palestin, Muaz Aghbariah mendedahkan bahawa sebuah terowong baru Israel telah dibina di bahagian barat, bawah tembok Masjid al-Aqsa.
Terowong tersebut dibina dengan kedalaman 20 meter dari paras bawah tanah dan dinamakan sebagai Jambatan Haikal.
Muaz menjelaskan terowong tersebut telah dibuka beberapa bulan yang lalu. Difahamkan panjang jambatan tersebut bermula dari Tembok Ratapan sehingga ke pintu al-Ghawanmeh. Beliau menegaskan lagi bahawa pembinaan terowong tersebut akan menjejaskan bangunan asas Masjid al-Aqsa dan kediaman-kediaman yang berada di kawasan tersebut. Dinding masjid juga turut akan terjejas jika penggalian terowong diteruskan.

