Warga Israel telah menebang sebanyak 30 batang pokok zaitun di perkampungan al-Mughayyir di utara bandar Ramallah, Tebing Barat. Pada masa yang sama, seorang penduduk Palestin telah cedera selepas diserang dan dilemparkan batu ke arah kenderaannya oleh tentera Israel.
Sementara itu, di Baitul Maqdis, warga Israel telah bertindak menceroboh Masjid al-Aqsa di bawah kawalan ketat tentera mereka.

