Home Berita Post View

Tebing Barat Dikejutkan Dengan Penahan Dan Serbuan Besar Tentera Israel

Nov 30, 2022 05:45 pm

 

Tentera penjajah Israel telah melancarkan serbuan dan pencerobohan secara besar-besaran di pelbagai daerah di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Mereka juga bertindak melakukan rusuhan di beberapa kawasan sekitarnya.

Tentera Israel telah menceroboh bandar Jaba, daerah Jenin, dan beberapa bandar lain di wilayah Baitul Maqdis. Mereka turut menangkap beberapa orang pemuda dalam pencerobohan itu. Difahamkan rusuhan ganas meletus apabila tentera penjajah bertindak menceroboh kejiranan Ain Munjed di Ramallah.

Persatuan Tahanan melaporkan bahawa dalam serbuan di pelbagai kawasan di Tebing Barat, pihak tentera Israel turut menggeledah puluhan rumah dan merosakkan harta benda milik penduduk.