Home Berita Post View

Serangan Warga Israel Ke Atas Penduduk Awam di al-Mughayyir

Nov 30, 2022 05:41 pm

 

Beberapa orang warga Israel telah menyerang sebuah keluarga di perkampungan al-Mughayyir di utara Ramallah, Tebing Barat.

Saksi kejadian melaporkan bahawa beberapa orang warga Israel telah membuat serangan ke atas beberapa kediaman di sempadan perkampungan tersebut. Kelompok Israel itu juga telah menyerang sebuah keluarga dengan melepaskan gas ke arah mereka. Kejadian ini telah mengakibatkan seorang ayah, ibu dan dua anak mereka cedera. Warga Israel juga menyerang para petani dan menahan tiga daripada mereka, termasuk beberapa buah kenderaan telah dibakar.

Persekitaran perkampungan tersebut dan berdekatan kini terdedah kepada serangan warga Israel setiap hari dengan kawalan ketat daripada pihak tentera mereka.