Home Berita Post View

Puluhan Penduduk Haram Yahudi Menceroboh al-Aqsa

Nov 30, 2022 03:19 am

 

Puluhan penduduk haram Yahudi telah menyerbu Masjid al-Aqsa dengan bantuan perlindungan ketat daripada polis Israel.

Sumber daripada Baitul Maqdis melaporkan bahawa kumpulan tersebut melakukan tindakan provokatif dan menjalankan ritual Talmud di dalam kawasan masjid tersebut.

Beberapa hari yang lalu, Masjid al-Aqsa telah menyaksikan pencerobohan terbesar pada sambutan Hari Raya Yahudi. Di dalam insiden tersebut, tentera Zionis Israel telah membenarkan seorang penduduk haram Yahudi melakukan sujud di hadapan salah satu pintu gerbang Masjid al-Aqsa.

 

 

Related