Home Berita Post View

Dua Buah Rumah Dimusnahkan Zionis Israel

Nov 30, 2022 03:18 am

 

Dalam satu kejadian di Tebing Barat, dua buah rumah di bandar Khallet al-Eida, timur al-Khalil (Hebron) telah dirobohkan oleh tentera Israel. 

Difahamkan, pihak Israel melakukan serangan ke atas kawasan tersebut dengan tujuan mahu meluaskan kawasan penempatan Kiryat Arba.

Dalam pada itu, tentera Israel turut menahan empat warga Tulkarm semasa mereka melalui pusat pemeriksaan juruterbang berhampiran bandar Dayr Sharaf, di barat Nablus.