Home Berita Post View

Dua Beradik Syahid Dalam Sebuah Rusuhan

Nov 30, 2022 03:17 am

 

Tebing Barat - Tiga penduduk awam telah dikenal pasti antara yang syahid dalam sebuah rusuhan di antara tentera Israel dan penduduk Palestin. Dua mangsa yang syahid merupakan adik-beradik dan mereka ditembak oleh tentera Israel di perkampungan Kafr Ein, Ramallah. 

Rusuhan yang tercetus berpunca daripada pencerobohan tentera Israel di bandar Beit Amer. Pihak Israel telah melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas ke arah penduduk awam sehingga mengakibatkan seorang penduduk Palestin, Mufid Khalil terkorban dan 11 yang lain cedera. 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa kejadian tersebut berlaku di perkampungan Kafr Ein, Ramallah. Dua beradik, Jawad Rimawi, 22 tahun dan Zafir Rimawi, 21 tahun telah syahid dalam rusuhan yang berlaku di sana. Jawad telah ditembak di bahagian pelvis manakala Zafir ditembak di bahagian dada.