Home Berita Post View

Tempoh Pengasingan Ahmed Manasra Ditambah Lagi Empat Bulan

Nov 26, 2022 03:17 am

 

Mahkamah Israel di Beersheba menerima permintaan pendakwa raya untuk melanjutkan lagi tempoh pengasingan tahanan Ahmed Manasra selama empat bulan, selepas setahun beliau dipenjarakan.

Sebuah pusat perlindungan hak asasi minoriti Arab di Israel, Adalah menyatakan bahawa pasukan pembela Ahmed mengetuai perbicaraan tersebut sepanjang dua sesi. Tindakan ini merupakan usaha memujuk pihak mahkamah supaya membatalkan permintaan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh pengasingan. 

Tempoh pengasingan yang dilanjutkan ke atas Ahmed dilihat sebagai satu tindakan yang melanggar hak asasi kemanusiaan dan ianya turut membahayakan kesihatan mentalnya. Walau bagaimanapun, mahkamah telah memutuskan keputusan tersebut tanpa memberi sebarang peluang kepada pihak pembelaan untuk menyemak bahan-bahan sokongan yang dikemukakan.

Related