Home Berita Post View

Puluhan Cedera Dalam Serangan Sebuah Universiti di Tebing Barat

Nov 26, 2022 03:16 am

 

Dalam sebuah kejadian rusuhan di Tulkarm, Palestin, puluhan pemuda mengalami kecederaan dan sesak nafas akibat ditembak tentera Israel. Kejadian tersebut berlaku di sekitar Universiti Teknikal Palestin Kadoorie di Tebing Barat dan melibatkan warga Palestin serta tentera Israel.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel telah melepaskan gas toksik dan peluru hidup secara besar-besaran di dalam kawasan universiti selepas rusuhan berlaku berhampiran tembok pemisah Israel. Kejadian ini telah menyebabkan empat orang pelajar cedera manakala puluhan yang lain mengalami kesesakan nafas.