Home Berita Post View

Rundingan Antara Netanyahu dan Itamar Ben-Gvir

Nov 26, 2022 03:15 am

 

Pihak media Israel mendedahkan rundingan antara Perdana Menteri Israel yang baharu, Benjamin Netanyahu dengan ketua parti Jewish National Front, Itamar Ben-Gvir.

Laman web Ynet milik Israel melaporkan parti Likud yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu telah menandatangani perjanjian dengan parti yang dipimpin Itamar Ben-Gvir bagi membentuk satu kerajaan baru di Israel. Benjamin Netanyahu juga menyatakan bahawa Itamar Ben-Gvir akan dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dengan kuasa penuh. 

Ynet juga mendedahkan pada masa ini parti Likud mahu mengadakan rundingan dengan parti lain bagi meminggirkan pemimpin Religious Zionist Party, Bezalel Yoel Smotrich. Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tekanan ke atasnya dan memaksa beliau bekerjasama dengan parti Likud bagi membentuk kerajaan baru. 

Related