Home Berita Post View

Dua Terkorban Angkara Zionis

Nov 24, 2022 11:53 am

 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan dua orang penduduk Palestin telah syahid akibat ditembak oleh tentera Israel dalam dua insiden pencerobohan berasingan di Nablus dan Tebing Barat.

Kementerian tersebut menjelaskan bahawa seorang pemuda Palestin, Muhammad Abu Kishk, 22 tahun telah syahid akibat ditembak di perutnya oleh tentera Israel. Kejadian berlaku ketika pemuda tersebut bergelut melakukan serangan balas dalam sebuah pencerobohan yang disertai ratusan warga Israel di makam Nabi Yusuf AS. Pada masa yang sama, seorang pemuda Palestin, Muhammad Herzallah, 30 tahun juga syahid kerana kecederaan parah yang dialami beliau akibat terkena peluru tentera Israel semasa tentera Israel menyerbu bandar di Nablus. 

Related