Home Akhbar Post View

Lagi Kecederaan dan Tahanan Warga Palestin di al-Khalil

Nov 24, 2022 11:51 am

 

Beberapa orang warga Palestin mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel ke arah mereka di bandar Beit Ummar. Manakala lima orang penduduk dari al-Khalil (Hebron), selatan Tebing Barat telah ditangkap.

Pada masa yang sama, tentera Israel turut menceroboh beberapa buah rumah penduduk di Beit Ummar. Mereka juga telah diperiksa secara paksa dan barangan peribadi milik mereka juga dirampas. Dalam kejadian tersebut, lima orang penduduk lain turut ditahan.

Sehubungan dengan itu, rusuhan tercetus berhampiran sebuah sekolah menengah di Beit Ummar, di mana askar penjajah telah melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk di situ. Tindakan tersebut telah menyebabkan beberapa orang daripada mereka mengalami sesak nafas yang teruk.