Home Berita Post View

Kesihatan Empat Tahanan Palestin Semakin Merosot

Nov 24, 2022 01:26 am

 

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan telah memperincikan status kesihatan empat tahanan yang mengalami kemerosotan kesihatan akibat kecuaian perubatan.

Suruhanjaya tersebut juga melaporkan bahawa tahanan pertama, Malik Hamid menghidapi tekanan darah tinggi dan kolesterol, selain mengalami sakit kepala yang teruk akibat dipukul. Selain itu, bagi tahanan kedua, Muhammad Qawasmah sedang menanggung kecederaan yang beliau alami ketika penahanannya. Akibat daripada kecuaian pihak penjara dalam memberikan rawatan, bahagian yang cedera itu mengalami jangkitan kuman.

Pada masa yang sama, tahanan Palestin ketiga, Ahmad Turkman dilaporkan mengalami jangkitan pada buah pinggang, prostat, penglihatan yang lemah dan masalah gigi.  Manakala bagi tahanan keempat, Muhammad Abu al-Rub mengalami ketidakseimbangan badan sehingga menyebabkan sukar untuk bernafas.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan bahawa pihak penjara Israel telah mengabaikan kesihatan para tahanan dan menghalang mereka menerima rawatan sewajarnya. 

Related