Home Berita Post View

Jalan Masuk ke Baitul Maqdis dan Tebing Barat Ditutup

Nov 24, 2022 01:25 am

 

Pihak penjajah Israel telah meningkatkan sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin di beberapa kawasan dalam Baitul Maqdis dan Tebing Barat. 

Sehubungan dengan itu, pihak media Israel melaporkan bahawa pihak tentera Israel menutup sebarang laluan, termasuk pusat pemeriksaan kem Shuafat di utara Baitul Maqdis pada waktu pagi. Pada masa yang sama, mereka juga menutup semua stesen bas di bandar itu.

Selepas sesi penilaian keselamatan dilaksanakan, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengeluarkan satu keputusan untuk menutup laluan alternatif Gilboa-Salem di utara Jenin. Mereka turut mengetatkan langkah keselamatan di pos-pos pemeriksaan keselamatan yang ditempatkan di Tebing Barat. Tindakan tersebut diambil susulan daripada kejadian dua pengeboman yang berlaku di Baitul Maqdis. Kejadian tersebut mengakibatkan kematian seorang penduduk haram dan kecederaan lebih daripada 19 orang.

 

Related