Home Berita Post View

Operasi Penahanan Tercetus di Tebing Barat dan Baitul Maqdis

Nov 23, 2022 03:19 am

 

Tentera Israel telah melancarkan sebuah operasi penahanan yang melibatkan tangkapan terhadap para tahanan yang telah dibebaskan. Operasi ini berlaku di kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. 

Penduduk awam menyatakan bahawa tentera Israel melakukan pencerobohan di bandar Silwad, timur Ramallah dan telah menahan dua orang tahanan yang dibebaskan. Dua tahanan tersebut telah ditahan selepas kediaman mereka diserbu dan digeledah oleh pihak tentera Israel. 

Seorang remaja berusia 16 tahun, Umar al-Qatawi turut ditahan selepas kediaman keluarganya diserbu oleh rejim Israel. 

Selain itu, tentera Israel telah membuat sekatan ketenteraan di pintu masuk utara perkampungan bandar Silwad dan menghalang penduduk awam untuk masuk ke sana. 

Related