Home Berita Post View

Penduduk Palestin Cedera Berdepan Warga Israel di Beit Amor

Nov 23, 2022 03:17 am

 

Berpuluh penduduk Palaestin mengalami kesesakan nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel ke arah mereka. Gas tersebut dilepaskan ketika penduduk tempatan menentang warga Israel yang bersenjata. Insiden ini berlaku susulan daripada percubaan warga Israel menceroboh kawasan Safa yang terletak di bandar Beit Amor, utara al-Khalil (Hebron). 

Tentera Israel dan warganya masing-masing saling bertukar peranan dalam pencerobohan berterusan yang sengaja dilakukan di beberapa kawasan Beit Amor. Selain itu, warga Israel turut melaksanakan provokasi dengan mengganggu dan mengusir pemilik tanah Palestin ketika mereka sedang melakukan aktiviti pertanian.