Home Berita Post View

Seorang Tahanan Baitul Maqdis Diasingkan Selama Tujuh Hari

Nov 21, 2022 06:30 pm

 

Pentadbiran penjara Israel telah memutuskan untuk mengasingkan seorang tahanan dari Baitul Maqdis, Fadwa Hamada selama tujuh hari.

Pejabat Bahagian Penerangan Tahanan di penjara Damon menjelaskan bahawa keputusan tersebut berdasarkan tindakan Hamada yang enggan menuruti aktiviti di penjara. Alasan Hamada yang melaksanakan protes tersebut adalah mahu menghentikan dasar kecuaian sistem perubatan dan menaik taraf keadaan kehidupan di penjara.

Selain berdepan dengan penahanan yang teruk, Hamada juga terpaksa menanggung dasar kecuaian sistem perubatan yang menyebabkan kecederaan di kakinya yang patah pada bulan lalu semakin teruk. Susulan daripada kecuaian tersebut, jangkitan di kakinya bertambah teruk dengan kesan bengkak pada bahagian bekas pembedahan. 

Related