Home Berita Post View

Seorang Lagi Warga Palestin Syahid di Timur Nablus

Nov 10, 2022 04:12 am

 

Mahdi Hashash, berusia 18 tahun telah syahid dalam sebuah rusuhan menentang tentera Israel yang menyerbu Kem Pelarian Balata, timur Nablus di Tebing Barat.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa Hashash telah ditembak pihak Israel di bahagian perut dan kaki sebelum menemui syahid.

Adapun 57 orang yang turut terlibat telah mengalami kesesakan nafas akibat terhidu gas beracun yang dilemparkan ke arah mereka. Manakala tiga orang yang lain pula cedera kerana terkena peluru logam bersalut getah. 

Kejadian ini berlaku sepanjang rusuhan penentangan tentera Israel yang menyerbu Pemakaman Yusuf di kem tersebut. Difahamkan tindakan tersebut berlandaskan alasan mahu memastikan situasi pencerobohan yang telah dilakukan oleh ahli Knesset dan sekumpulan bangsa Yahudi ke kawasan tersebut tidak memberi kesan buruk terhadap pihak mereka sendiri.

Related