Home Berita Post View

3 Kelahiran Palestin Terima Keahlian Dalam Parlimen AS

Nov 10, 2022 04:11 am

 

Tiga individu berkelahiran Palestin telah berjaya meraih keahlian dalam parlimen bagi Parti Demokrat di tiga negeri Amerika Syarikat iaitu Georgia, Michigan dan Illinois.

Ruaa Rumman telah meraih keahlian untuk parlimen Georgia, Abdel Nasser Rashid berjaya menerima keahlian sebagai ahli parlimen di Illinois dan Rashida Tlaib telah memenangi pilihan raya kongres buat kali ketiga berturut-turut bagi negeri Michigan.

Pimpinan Majlis Amerika Palestin, Maher Abdel Qader telah menjelaskan bahawa enam tahun yang lalu, tiada penyokong atau pendokong yang memperjuangkan isu Palestin dalam Kongres AS. Namun kini jumlahnya telah melebihi 10 orang. Pencapaian baharu ini merupakan berkat usaha yang dilakukan oleh anggota Anak-anak Generasi Palestin dengan kerjasama ahli Anak-anak Generasi Arab dan Islam.

Related