Home Berita Post View

Tiga Wanita Palestin Ditahan

Nov 10, 2022 04:05 am

 

Tentera Israel telah menahan 11 penduduk Palestin di beberapa bandar di Tebing Barat dan Baitul Maqdis.

Jabatan Media Tahanan melaporkan bahawa tentera Israel telah menahan tiga pemuda dari Baitul Maqdis dan lapan dari Ramallah, al-Khalil (Hebron), Bethlehem dan Nablus.

Saluran Kan milik Israel mendedahkan bahawa tiga wanita Palestin dari Nablus ditahan atas dakwaan merancang operasi ganas menentang tentera Israel di utara Tebing Barat.

Related