Home Berita Post View

Tebing Barat Diceroboh Lagi

Nov 09, 2022 03:17 am

 

Tentera Israel telah melancarkan operasi serbuan dan pencarian di Tebing Barat yang membawa kepada penahanan sejumlah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, pihak tentera Israel juga menyerbu bandar Nablus dan menceroboh masuk ke dalam beberapa rumah warga Palestin.

Persatuan Tahanan melaporkan bahawa pasukan Israel telah menahan 10 orang pemuda selepas didakwa terlibat dalam aksi penentangan terhadap penduduk Yahudi dan tentera Israel.

Serangan tersebut berlaku di wilayah Nablus, Ramallah, Hebron dan utara Lembah Jordan.

Related