Home Berita Post View

Seorang Warga Israel Maut Selepas Dua Minggu Di ICU

Nov 09, 2022 03:16 am

 

Seorang warga Israel telah terbunuh dalam operasi tikaman yang berlaku pada dua minggu lalu di bandar al-Fandaq, timur Qalqilya di Tebing Barat. 

Akhbar Israel, Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa warga Israel tersebut dalam keadaan yang kritikal dan dimasukkan ke unit rawatan rapi. Kesihatannya semakin merosot dan meninggal dunia pada pagi ini akibat kecederaan yang dialami. Serangan tersebut berlaku pada 25 Oktober lalu, beberapa jam selepas pembunuhan enam rakyat Palestin oleh tentera Israel.