Home Berita Post View

Berpuluh Warga Israel Ceroboh Al-Aqsa

Nov 09, 2022 03:15 am

 

Berpuluh warga Israel telah menceroboh Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Mughrabi dengan kawalan ketat tentera Israel. 

Jabatan Wakaf Islam di Baitul Maqdis melaporkan bahawa beberapa kumpulan warga Israel telah menceroboh Masjid al-Aqsa secara berturut-turut sejak pagi tadi. Mereka telah mengelilingi pekarangan masjid tersebut secara provokatif dan melaksanakan ritual Talmud di kawasan timur masjid. Di samping itu, pendeta Yahudi di kawasan berkenaan telah memberi pencerahan berkaitan Haikal Sulaiman kepada warga Israel dan mereka mengambil gambar sebagai cenderahati.

Dalam tempoh pencerobohan, tentera Israel telah mengusir para murabitun dan jemaah di kawasan timur Masjid al-Aqsa bagi memudahkan pencerobohan dijalankan. 

 

Related