Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan memberi amaran supaya tidak memberi ruang dan kuasa kepada pihak pelampau Zionis, Itamar Ben-Gvir yang sedang berusaha mendapatkan tampuk kuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri untuk kerajaan Israel akan datang.
Kementerian ini bertanggungjawab untuk menyelia hal ehwal pentadbiran penjara. Justeru perkara ini menjadi kebimbangan dan ancaman yang sebenar kepada tahanan di mana majoriti mereka adalah dari kalangan umat Islam.
Suruhanjaya itu menambah bahawa Ben-Gvir sebenarnya memulakan serangan dan hasutannya ke atas para tahanan. Ben-Gvir secara terbuka menyeru untuk memansuhkan perwakilan penahanan organisasi di penjara dan pengedaran mereka. Dia juga menghalang pihak penjara daripada menyediakan makanan ke bilik para tahanan dan memberi mereka tugasan penjara. Kuantiti air yang diberi telah dikurangkan dan kawalan ke atas para tahanan diperketatkan secara umumnya.
Suruhanjaya itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera bertindak bagi menghadapi kekejaman Ben-Gvir. Mereka juga diberi peringatan agar tidak membiarkan dia bebas bergerak dalam rangka perancangan jahatnya terhadap para tahanan.

