Seorang penduduk Palestin, Habbas Rayyan, 54 tahun telah syahid selepas ditembak tentera Israel. Beliau didakwa melanggar seorang pegawai polis Israel di Ramallah, Tebing Barat.
Jurucakap tentera Israel menjelaskan, “Mangsa yang cedera dalam operasi tersebut merupakan seorang pegawai polis dan beliau dalam keadaan kritikal. Pelaku telah ditembak susulan daripada cubaan menyerang mangsa menggunakan kapak”.

