Home Akhbar Post View

Tebing Barat: Penahanan Rakyat Palestin Serta Pemusnahan Rumah Mereka oleh Tentera Israel

Nov 03, 2022 04:12 am

 

Seramai 14 orang rakyat Palestin dari seluruh Tebing Barat dan Baitul Maqdis telah ditahan penjajah Israel. 

Pejabat Penerangan Tahanan melaporkan mereka yang ditahan termasuklah seorang banduan yang dibebaskan, Hamza Bouzia dan seorang pemuda, Amir Alyan yang cedera bersama abangnya.

Tentera Israel turut merobohkan tiga buah rumah penduduk tempatan di Jenin dan Bethlehem, Tebing Barat. Tindakan tersebut telah mengakibatkan sebuah rusuhan tercetus di Jenin. Dalam kejadian tersebut, pihak tentera telah melepaskan bom tangan dan gas beracun ke arah rakyat Palestin. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.