Home Berita Post View

Israel Cetus Kekacauan dalam Pilihan Raya

Nov 03, 2022 04:11 am

 

Berpuluh warga Israel telah menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat daripada tentera Israel.

Menurut pihak tempatan, beberapa kumpulan warga Israel telah menceroboh Masjid al-Aqsa secara tiba-tiba melalui pintu al-Mughrabi. Mereka telah mengelilingi pekarangan masjid tersebut secara provokatif dan melaksanakan ritual Talmud. 

Susulan daripada itu, pihak polis Israel mengenakan sekatan ke atas jemaah muslim yang mahu memasuki masjid untuk melaksanakan ibadah. Identiti para jemaah diperiksa dan sebahagian daripada mereka telah ditahan di pintu gerbang masjid. 

Sementara itu, pihak Israel telah mengumumkan rekod jumlah pencerobohan warga Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa yang dilancarkan pada hari pilihan raya Knesset semalam. Dilaporkan pencerobohan warga Israel setakat ini telah mencecah 378 orang. Bilangan tersebut meningkat sebanyak 250% berbanding pilihan raya sebelumnya.