Home Berita Post View

Sidang Kemuncak Arab ke-31 Bermula Di Algeria

Nov 02, 2022 03:40 am

 

Hari ini, Sidang Kemuncak Arab ke-31 telah berlangsung di Algeria. Persidangan tersebut merupakan kali pertama dalam tempoh tiga tahun walaupun berlakunya konflik di rantau ini, terutamanya di Syria dan Libya, termasuk normalisasi beberapa negara dengan entiti Israel. 

Media Algeria melaporkan seramai 17 pemimpin Arab dijangka akan menyertai sidang kemuncak yang membawa slogan “Bersatu” selama dua hari.

Penolong Setiausaha Agung Liga Negara Arab, Hossam Zaki mengesahkan bahawa Menteri Luar Arab telah mencapai kesepakatan terhadap isu yang dibangkitkan, salah satunya jaminan makanan dan isu rakyat Palestin. Mereka menganggap kesepakatan itu sebagai penanda aras kejayaan sidang kemuncak tersebut. 

Kali terakhir Liga Negara Arab yang merangkumi 22 buah negara mengadakan sidang kemuncak Arab adalah pada Mac 2019 di Tunisia, sebelum wabak Covid-19 melanda.

Related