Pintu utama pusat mengundi Israel telah dibuka bagi pilihan raya Knesset kali ke-25 pagi ini dan para pengundi kelihatan berpusu-pusu menuju ke sana untuk membuat undian.
Menurut badan penyiaran Israel, Makan, proses pengundian berlangsung sehingga sepuluh malam dan selepas itu proses pengiraan undi akan bermula. Penduduk Palestin di dalam wilayah Palestin turut turun mengundi dalam pilihan raya tersebut. Dianggarkan seramai 18 000 anggota polis ditempatkan di seluruh pusat mengundi bagi memastikan pilihan raya yang diadakan berjalan lancar.
Beberapa laluan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza ditutup sepenuhnya sepanjang hari mengundi.

