Home Berita Post View

Israel Lancarkan Penahanan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis

Oct 31, 2022 05:46 pm

 

Sehingga kini, pasukan Israel telah menahan lebih daripada 14 rakyat Palestin, termasuk tahanan yang telah dibebaskan. Kejadian ini berlaku dalam sebuah serbuan ganas  yang dilancarkan oleh pihak Israel ke atas beberapa kawasan di Tebing Barat dan di Baitul Maqdis.

Pejabat Penerangan Tahanan melaporkan bahawa pasukan Israel telah menyerbu kem Jenin dan berjaya menahan seorang tahanan yang telah dibebaskan, Muhammad As'ad Rajab Abu Khalifa selepas penyerbuan dilakukan di rumahnya. Difahamkan serbuan ini berlaku susulan pihak Israel mengetahui bahawa beliau merupakan tahanan sebelum ini dan telah menghabiskan hampir 18 tahun di penjara Israel.

Pada masa yang sama, rejim Israel masih meneruskan serbuan penahanannya ke atas rakyat Palestin dan tindakan ini membawa kepada peningkatan jumlah tahanan di dalam penjara.

 

Related