Seorang warga Palestin, Barakat Audah al-Maqdisi, 49, telah syahid akibat ditembak tentera Israel. Beliau didakwa telah melancarkan pertempuran ke atas beberapa askar Israel berhampiran Ariha (Jericho) yang terletak di Tebing Barat berdekatan sungai Jordan.
Pihak media Israel mendakwa bahawa empat askar mereka cedera dalam pertempuran tersebut.
Manakala Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pula berkata, "Keadaan di Tebing Barat ketika ini sangat rumit dan harga yang perlu dibayar demi mempertahankannya adalah perkara yang menyakitkan dan begitu sukar."

