Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan dua penduduk Palestin, Imad Abu Rashid dan Rakzi Ziarah telah syahid dan beberapa yang lain didapati cedera akibat ditembak oleh tentera Israel. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan berdekatan pos pemeriksaan Hawara, selatan Nablus di utara Tebing Barat.
Pihak media melaporkan bahawa beliau telah melepaskan tembakan dari sebuah kereta ke arah sebuah pos pemeriksaan. Susulan daripada itu, tentera Israel melepaskan tembakan sebagai serangan balas terhadap pemuda tersebut.
Sejak 18 hari lalu, tentera Israel telah melancarkan kepungan dan menutup pintu masuk ke bandar Nablus. Tindakan ini menyebabkan seramai 450 000 penduduk Palestin terhalang untuk keluar dari bandar tersebut atau pulang ke kampung halaman mereka.

