Para Menteri Perwakilan Jordan menuntut kerajaan negara mereka untuk mengusir duta Israel dari Amman serta mengarahkan duta Jordan meninggalkan Tel Aviv dan balik semula ke Jordan. Tindakan tersebut merupakan tindak balas terhadap insiden pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang dilakukan oleh tentera Israel baru-baru ini.
Para menteri perwakilan tersebut juga menegaskan bahawa jenayah yang dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di bandar Nablus dan seluruh bandar Tebing Barat masih berterusan. Keadaan tersebut secara langsung memberi ancaman keselamatan terhadap negara Jordan.
Para perwakilan itu juga menuntut kerajaan mereka untuk bertindak segera dan bergerak seiring dengan penglibatan masyarakat seluruh dunia, termasuk badan-badan yang berwibawa untuk menghentikan pencerobohan Israel. Pada masa yang sama, mereka juga berharap pihak yang terlibat dapat memberi perlindungan kepada rakyat Palestin dan menghentikan semua jenayah yang telah berlaku.

