Home Berita Post View

40% Masyarakat Israel Risau Pilihan Raya Knesset Dipalsukan

Oct 28, 2022 12:54 pm

 

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Demokrasi Israel menunjukkan bahawa 40% rakyat Israel yakin bahawa keputusan pilihan raya Knesset tidak akan mencerminkan hasil undian di pusat mengundi. Dalam masa yang sama, mereka juga percaya bahawa Tebing Barat berada di ambang intifada baharu.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa 62% daripada rakyat Israel percaya bahawa ada kebarangkalian besar intifada di Tebing Barat bakal tercetus dalam masa terdekat. Ramalan tersebut berdasarkan kegagalan penyelesaian yang dipersetujui bagi konflik di Palestin.

Walau bagaimanapun, pimpinan Israel bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya Knesset yang ke-25 pada 1 November. Pilihan raya kali ini merupakan yang kelima diadakan dalam tempoh empat tahun dan pilihan raya keenam telah pun dijangkakan berlaku dalam masa terdekat.

Related