Kelab Tahanan Palestin melaporkan pihak penjara Israel perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kecederaan yang dialami oleh seorang tahanan dari Nablus, Muhammad Abu Sabrah, 47 tahun.
Kelab tersebut menjelaskan Muhammad Abu Sabrah telah diserang secara kejam oleh pegawai penjara Israel walaupun keadaan kesihatan beliau berada di tahap kritikal. Pihak pentadbiran Israel telah memindahkan beliau ke sel kurungan persendirian.
Ini menunjukkan bahawa pentadbiran penjara Israel telah meningkatkan operasi kurungan persendirian sebagai hukuman. Kurungan persendirian merupakan salah satu polisi paling berbahaya yang dilaksanakan penjara Israel terhadap tahanan Palestin.

