Home Berita Post View

Angka Syahid dan Kecederaan Terus Meningkat di Nablus

Oct 25, 2022 12:57 pm

 

Lima rakyat Palestin terbunuh manakala 20 yang lain cedera akibat tembakan tentera Israel dalam sebuah serbuan di bandar Nablus, Tebing Barat. 

Sumber media melaporkan bahawa tentera Israel telah menyerbu Nablus dari beberapa pintu masuk serta mengepung salah satu bangunan sebelum melepaskan tembakan menggunakan peluru berpandu. Serangan tersebut mengakibatkan bunyi tembakan dan letupan yang kuat di kawasan itu. 

Pada masa yang sama, jawatankuasa penyelarasan di Nablus juga telah mengumumkan mogok menyeluruh dan Hari Kemarahan sebagai tanda menentang penjajahan Israel.

Sementara itu, seorang pemuda Palestin telah syahid dalam sebuah rusuhan yang berlaku menentang tentera Israel di kampung Nabi Saleh, barat laut di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Kebanyakan bandar di Tebing Barat telah menyaksikan pencerobohan tentera Israel hampir setiap hari. Susulan daripada itu, rusuhan bersama rakyat Palestin tercetus dan mengakibatkan peningkatan angka syahid dan kecederaan mangsa yang terlibat.

Related