Home Berita Post View

Orang Awam di Timur Bethlehem Diserang Penduduk Yahudi

Oct 24, 2022 12:31 pm

 

Pelbagai harta benda milik warga Palestin seperti rumah dan kenderaan telah dirosakkan dalam sebuah serangan oleh penduduk haram Yahudi dalam sebuah serangan di pintu masuk perkampungan al-Maniya yang terletak di timur Bethlehem, Tebing Barat. 

Pihak media tempatan melaporkan bahawa penduduk haram Yahudi di bawah perlindungan tentera penjajah Israel telah menutup jalan utama perkampungan al-Maniya yang menuju ke kawasan Wadi Sa'ir. Pertempuran yang meletus ini melibatkan pemuda Palestin dan pasukan penduduk haram di kawasan itu.

Penduduk haram Yahudi terus memprovokasi dan mengganggu rakyat Palestin dengan bantuan perlindungan daripada tentera Israel. Susulan daripada itu, pelbagai rusuhan dan penangkapan terhadap berpuluh warga Palestin telah tercetus. Pada masa yang sama, angka syahid dan kecederaan dalam kalangan rakyat turut meningkat.

Related