Mahkamah Israel menolak permohonan pembebasan awal Nasser Abu Hamid yang menghidap kanser walaupun keadaan kesihatannya kritikal.
Persatuan Tahanan Palestin menegaskan bahawa keputusan yang dikeluarkan oleh Israel mencerminkan tahap ekstremisme yang semakin melampau dalam kumpulan penjajah.
Institusi kehakiman Israel sebelum ini enggan membebaskan Nasser Abu Hamid pada 6 Oktober lalu dan pada ketika itu telah dilaporkan bahawa tahap kesihatan beliau mencapai paras kritikal. Doktor Israel yang merawatnya juga mengakui bahawa keadaan Nasser Abu Hamid sedang nazak, sama seperti hasil laporan perubatan yang dikeluarkan baru-baru ini.

