Home Berita Post View

Lagi, Syahid di Jenin

Oct 21, 2022 08:45 am

 

Seorang pemuda Palestin, Solah Bariki, 19 tahun telah syahid manakala tiga yang lain mengalami kecederaan akibat ditembak tentera Israel. Kejadian berlaku semasa pencerobohan di bandar Jenin, Tebing Barat.

Menurut orang awam, tentera Israel telah melakukan pencerobohan di tengah-tengah bandar Jenin dan menyerbu masuk bangunan-bangunan di sana. Pasukan penembak tepat telah dikerahkan memanjat bumbung dan mengawasi dari pelbagai arah. Tindakan ini telah menyebabkan sebuah pertempuran tercetus di antara pemuda Palestin dan tentera Israel. Rejim Zionis telah melepaskan tembakan yang akhirnya mengakibatkan seorang pemuda Palestin, Solah Bariki syahid akibat terkena tembakan di leher beliau. Manakala tiga yang lain mengalami kecederaan. 

Related