Home Berita Post View

Amerika Syarikat Kecam Perdamaian HAMAS dan Rejim Syria

Oct 21, 2022 08:25 am

 

Amerika Syarikat telah memberi amaran terhadap normalisasi hubungan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Mereka juga menganggap bahawa perdamaian yang dicapai oleh Syria dan gerakan HAMAS menunjukkan kedudukan politik yang jelas buat mereka.

Bashar al-Assad secara beransur-ansur memulihkan hubungan dengan negara-negara Arab. Antara langkah yang dilaksanakan adalah menerima kunjungan delegasi daripada gerakan HAMAS selepas pihak mereka memenangi perang berdarah yang telah berlangsung selama 11 tahun.

Jurucakap Amerika Syarikat, Ned Price memberitahu wartawan, "Hubungan rejim Bashar al-Assad dengan organisasi pengganas (HAMAS) ini mengesahkan bahawa kami diasingkan".

Tambahnya, ini akan memudaratkan kepentingan rakyat Palestin dan menjejaskan usaha global bagi memerangi keganasan di rantau ini dan di luar negara. Beliau juga menekankan penolakan sebarang sokongan untuk pemulihan hubungan dengan rejim Bashar al-Assad, terutamanya daripada organisasi yang diklasifikasikan oleh Amerika Syarikat sebagai "pengganas" seperti HAMAS.

Lawatan delegasi gerakan tersebut ke Damsyik berlaku ketika hubungan antara HAMAS dan Hizbullah telah bertambah baik dengan pengantaraan Iran.

Related