Home Berita Post View

Israel Enggan Serah Jenazah Uday al-Tamimi

Oct 21, 2022 08:25 am

 

Israel enggan memberi kebenaran melihat dan menyerahkan jenazah Uday al-Tamimy kepada keluarganya selepas beliau syahid pada dua hari lepas di pintu masuk penempatan Ma’ale Adumim, timur Baitul Maqdis.

Peguamnya, Khaldun Najmi berkata polis Israel enggan memberi keizinan kepada keluarga Uday al-Tamimi untuk melihat anak lelaki mereka. Malah, Israel akan mengeluarkan keputusan untuk melihat jenazah Uday al-Tamimi pada Ahad depan. 

Beliau menjelaskan lagi, polis Israel enggan membenarkan ibu Uday al-Tamimi keluar daripada ruang tahanan di kediaman keluarganya di bandar Silwan, Baitul Maqdis. Tempoh kurungan itu berlangsung sehingga 25 Oktober ini. Selain itu, polis Israel juga menolak kedatangannya untuk sampai ke kem pelarian Shu’afat hingga akhir bulan ini.

Mahkamah Israel melanjutkan penahanan saudara Uday al-Tamimi, Kassem Tamimi sehingga Isnin depan. Beliau dilaporkan telah ditahan selama sembilan bulan. 

Related