Akhbar Israel Hayom milik Israel melaporkan beberapa hari akan datang, Suruhanjaya Siasatan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu akan membentangkan hasil siasatan mereka terhadap pencerobohan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang berlaku Ogos lalu. Pembentangan tersebut akan dibentangkan semasa perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Suruhanjaya itu akan membentangkan laporan serangan, kritikan terhadap sikap berat sebelah Israel secara lantang dan tuduhan kepada mereka di atas jenayah perang yang dilakukan.
Laporan yang akan dibentangkan nanti mempunyai 28 muka surat dan sebanyak 227 kali pertuduhan kepada Israel disebutkan. Akhbar tersebut mendakwa laporan tersebut tidak memberi perhatian terhadap gerakan HAMAS dan tembakan roket ke arah Palestin oleh Israel.
Laporan itu juga mencadangkan untuk melibatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam penyiasatan terhadap Israel serta penempatan di Tebing Barat merupakan satu jenayah perang.

