Home Berita Post View

Remaja Syahid Akibat Kecederaan Serius di Tebing Barat

Oct 20, 2022 12:44 pm

 

Seorang remaja berusia 16 tahun, Muhammad Nouri, meninggal dunia akibat kecederaan kritikal yang dialaminya akibat tembakan peluru Israel di perutnya. Kejadian itu berlaku pada bulan lepas di pintu masuk utara ke Ramallah-al-Bireh, di Tebing Barat.

Remaja tersebut telah ditembak oleh pihak Israel pada 28 September lalu, selepas pertempuran meletus di pintu masuk utara ke al-Bireh pada Hari Kemarahan. Sebelum kejadian ini berlaku, empat orang pemuda lain juga telah syahid di Jenin.

Menurut data Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah syuhada’ Palestin sejak awal tahun kini meningkat kepada 174 orang. Rekod tersebut merupakan jumlah syuhada’ di Tebing Barat - 123 orang dan di Semenanjung Gaza - 51 orang. Pada masa yang sama,  seramai 41 kanak-kanak turut menjadi mangsa serangan itu. 

Related