Home Berita Post View

Uday al-Tamimi Syahid

Oct 20, 2022 12:44 pm

 

ٍSeorang pemuda Palestin, Uday al-Tamimi syahid selepas melancarkan serangan tembakan di pintu masuk penempatan Ma’ale Adumin, Baitul Maqdis.

Uday al-Tamimi telah melancarkan serangan ganas dan melepaskan tembakan di penempatan tersebut. Tindakan itu telah mengakibatkan seorang warga Israel cedera sebelum beliau menjadi sasaran tembakan bertubi-tubi oleh tentera Israel. 

Rejim Zionis mengambil masa selama 12 hari, bermula dengan serbuan dan pengepungan seluruh kem pelarian Shu’afat bagi mencari Uday al-Tamimi.

Beberapa siri operasi pencarian Uday al-Tamimi telah dilakukan oleh rejim Zionis ekoran operasi tembakan yang beliau lancarkan di pos pemeriksaan Shu’afat, Baitul Maqdis. Dalam kejadian tersebut dilaporkan seorang tentera wanita Israel terbunuh dan yang lain mengalami kecederaan. 

Related