Tentera Israel telah menyasarkan serangan terhadap para petani Palestin di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut pihak media, tentera Israel melepaskan beberapa tong gas pemedih mata ke arah para petani secara mengejut. Tindakan ini telah memaksa mereka untuk berundur kerana bimbangkan keselamatan nyawa mereka.
Perlu diperhatikan juga bahawa wilayah timur Khan Younis menyaksikan serangan tentera Israel hampir setiap hari. Pada masa yang sama, serangan gas pemedih mata juga turut dikenal pasti berlaku di sempadan Gaza.

