Australia telah mengumumkan pembatalan pengiktirafan mereka terhadap Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Keputusan tersebut bertentangan dengan pendirian kerajaan terdahulu.
Menteri Luar Negeri Australia, Penny Wong berkata status bandar suci itu perlu diputuskan dalam pembicaraan damai di antara pihak Zionis dan penduduk Palestin, bukan hanya sebelah pihak sahaja. Beliau menegaskan lagi bahawa Baitul Maqdis merupakan satu keputusan akhir yang harus diselesaikan dalam mana-mana rundingan damai.
Pada 2018, kerajaan Australia yang dipimpin oleh Scott Morrison ketika itu telah mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Pengiktirafan ini telah terpesong daripada norma Australia yang sebelum ini berpihak kepada Timur Tengah selama berdekad.

