Home Berita Post View

Penduduk Yahudi Serbu Al-Aqsa, Dapat Perlindungan Ketat Israel

Oct 17, 2022 01:07 pm

 

Puluhan pendatang haram Yahudi menyerbu Masjid al-Aqsa dari Pintu Mughrabi dengan perlindungan ketat tentera Israel.

Pihak media melaporkan bahawa sekelompok bangsa Yahudi telah menganjurkan lawatan provokatif ke halaman masjid dan membuat perkongsian tentang kewujudan kuil Haikal Sulaiman.

Masjid al-Aqsa pula setiap hari, pagi dan petang terdedah kepada pelbagai siri pencerobohan pendatang haram Yahudi. Tindakan tersebut merupakan usaha mereka untuk melaksanakan rancangan pembahagian masa dan ruang di Masjid al-Aqsa bagi kegunaan orang Islam dan Yahudi.

 

 

Related