Puluhan orang awam mengalami lebam dan kesesakan nafas akibat serangan yang dilakukan oleh tentera bersama warga Israel. Kejadian tersebut berlaku di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah, Baitul Maqdis.
Berdasarkan penjelasan daripada penduduk di sana, berpuluh warga Israel telah menceroboh kejiranan tersebut secara mengejut. Warga Israel telah menyerang penduduk dan merosakkan harta benda dengan menggunakan batu. Penduduk haram Israel juga turut melontarkan kata-kata berbaur penghinaan. Dalam masa yang sama, pihak polis menyerang dengan memukul dan menolak penduduk Palestin secara berterusan.
Anggota Knesset yang bersifat ekstremis iaitu Itamar Ben-Gvir telah menceroboh kawasan kejiranan Sheikh Jarrah. Itamar Ben-Gvir telah mengacu pistol miliknya dan mengugut untuk menembak penduduk yang berada di hadapannya.
Berpuluh penduduk awam cedera selepas warga Israel membuat serangan semburan lada ke arah mereka. Selain itu, terdapat beberapa orang penduduk tempatan mengalami kesesakan nafas akibat terkena air kumbahan yang disimbah ke arah mereka.
Menurut saksi, seramai sepuluh orang penduduk tempatan telah ditahan oleh rejim Zionis di kawasan kejiranan tersebut.

