Home Berita Post View

Delegasi Palestin Menandatangani Deklarasi Algeria

Oct 14, 2022 02:33 am

 

Presiden Algeria mengumumkan bahawa sesi dialog kebangsaan Palestin yang berakhir pada hari ini, Khamis, akan mencapai titik tolak dengan termeterainya Deklarasi Algeria. Deklarasi ini mengandungi kesepakatan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan seluruh rakyat Palestin.

Sumber media melaporkan bahawa delegasi Palestin berjaya mengakhiri sesi dialog mereka di Algeria. Hasil daripada itu, mereka  bersetuju dengan Akta Perjanjian Nasional Algeria.

Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune telah melakukan sesi lawatan para peserta ketika kemuncak persidangan bagi mencapai perpaduan dalam kalangan delegasi mereka. Usaha ini sebagai tanda galakan terhadap delegasi Palestin atas usaha untuk mencapai matlamat yang diimpikan semua orang.

Related